fbpx

Mereka hadir pada waktu hidup saya sukar – Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WALAUPUN dikecam, namun Caprice bersyukur kerana isteri dan anak mereka sentiasa ada memberi sokongan.

TIDAK dinafikan, sejak Caprice mendirikan rumah tangga, dia masih tidak dapat lari daripada menjadi mangsa kecaman netizen.

Mana tidaknya, isteri yang baru dinikahinya lebih sebulan lalu iaitu Farra Inalis dan juga anak tiri, Aleesya Sofea turut menjadi mangsa sehingga ada antara mereka yang jatuh sakit.

Keadaan tersebut membuatkan Caprice sedih kerana tanpa sedar dia telah melibatkan orang tersayang dicemuh.

“Harap satu hari nanti saya mampu memberikan kehidupan terbaik untuk isteri dan anak.

“Rasa sedikit teruk kerana mereka hadir ketika kehidupan saya berada pada tahap yang sukar.

“Walau begitu, mereka tetap menyokong, memberi motivasi dan buat saya rasa bersyukur sebelum atau selepas bangun tidur. Alhamdulillah,” katanya.

Harap penyanyi itu banyakkan bersabar. Mulut orang memang kita tak akan dapat kawal atau tutup. Kalau boleh, abaikan sahaja semua komen negatif dan kecaman yang tidak mendatangkan faedah.

MIZZ LAHAR: Katanya ada selebriti wanita sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan secara senyap-senyap, betul ke?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI