fbpx

Mayat dua beranak dihanyutkan arus ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang lemas di Mentakab Temerloh ditemui hari ini.

TEMERLOH – Mayat dua beranak yang dihanyutkan arus deras di kawasan padang bola belakang bangunan UMNO Mentakab di sini semalam ditemui hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat pertama iaitu Musa Ahmad, 53, ditemui pada pukul 10 pagi manakala mayat kedua Mohammad Aireel Zikree Musa,10, pada pukul 11.50 pagi.

“Mayat mangsa pertama ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian manakala mangsa kedua pula kira-kira 103 meter dari lokasi kejadian.

“Kedua-dua mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Semalam seorang lelaki dan seorang kanak-kanak dihanyutkan arus deras di kawasan padang bola belakang bangunan UMNO dalam kejadian banjir luar biasa yang menenggelami bandar Mentakab.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu mangsa dikatakan cuba meredah kawasan padang bola yang dilimpahi air banjir sebelum dihanyutkan arus deras.

Bomba yang bergegas ke tempat kejadian dengan lima anggota melakukan operasi pencarian semalam sebelum disambung semula hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI