fbpx

KPDNHEP pastikan bekalan petrol, diesel tidak terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH ALAM 21 DISEMBER 2021. Ratusan kereta kelihatan tersadai akibat ditenggelami banjir, situasi hari ke empat banjir kilat melanda Seksyen 25 Sri Muda, Shah Alam, Selangor sewaktu tinjauan pada hari ini. UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memastikan bekalan petrol dan diesel di kawasan terjejas banjir tidak terganggu.

Pengarah Penguat Kuasanya, Azman Adam berkata, pihaknya sudah mengarahkan kepada semua syarikat pembekal petrol dan diesel (OILCO) supaya memastikan memastikan penghantaran bekalan bahan api dapat dilaksanakan dengan cepat ke kawasan yang terjejas.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat dengan OILCO di seluruh negara pada 22 Disember lalu.

“KPDNHEP bersetuju untuk memberikan bantuan pengiring kepada lori-lori OILCO yang menghantar bekalan minyak ke kawasan bencana sekali gus memastikan ianya tidak terhalang dengan kesesakan lalu lintas atau lain-lain halangan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, stesen-stesen minyak yang tergendala operasi atau terpaksa ditutup akibat banjir atau lain-lain bencana perlu membuat laporan segera kepada Bahagian Penguat Kuasa, KPDNHEP Negeri. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI