fbpx

Kontraktor gagal siapkan projek sukarkan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tengah) menyampaikan hadiah pada salah sorang ahli PKMM semasa menghadiri Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung ke-42 PKMM di sebuah hotel di Ipoh malam tadi.

IPOH – Kontraktor di negeri ini perlu mempamerkan prestasi yang baik tanpa culas menyempurnakan tawaran kerja diberikan kerajaan mengikut tempoh yang ditetapkan serta berkualiti.

Ini kerana prestasi kerja yang buruk akan memberi imej tidak baik terhadap mereka khususnya yang bernaung di bawah Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, para kontraktor yang membida projek kerajaan perlu menganggap setiap projek tersebut sebagai peluang mereka menunjukkan prestasi perlaksanaan yang terbaik.

“Apabila dianugerahkan kontrak mereka kena siapkan contohnya di Perak kita bina rumah untuk orang miskin, kita akan pilih kontraktor yang berkualiti. Apabila rumah siap rakyat suka.

“Tapi jika tak perform (prestasi buruk) ia beri imej tidak baik pada persatuan misalnya (PKMM), jadi kena siapkan kontrak ikut kualiti dan tempoh diberikan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar semasa menghadiri Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung ke-42 PKMM di sebuah hotel di sini malam tadi.

Turut hadir Presiden PKMM, Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan dan Setiausaha Agung PKMM, Datuk Wira Jamaludin Abdul Rahim.

Mengulas lanjut kata Saarani, di Perak misalnya terdapat beberapa projek sakit atau lewat disiapkan disebabkan prestasi kurang baik kontraktor setelah dianugerahkan projek.

Katanya, senarai projek-projek sakit ini dikemukakan oleh pihak Perancang Ekonomi Negeri (ICU) dan berdasarkan laporan tersebut, ada projek mengalami kelewatan antara satu hingga dua tahun.

“Contohnya projek pembinaan sekolah. Kita (kerajaan negeri) berjuang bertahun-tahun mohon untuk bina sebuah sekolah di Kerian tapi bila dah dapat projeknya pula tak siap.

“Mana-mana projek yang melibatkan kepentingan awam contoh seperti sekolah, Hospital Parit Buntar, kita minta supaya mereka (kontraktor) ini perform (pamerkan prestasi) sebab manfaatnya pada rakyat,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI