fbpx

Kongsi video bercuti, Aliff Syukri ditegur netizen tidak sensitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian video di media sosial usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sambutan hari jadi ibu di luar negara menerima teguran netizen yang tidak sensitif dengan keadaan mangsa banjir pada ketika ini.

PETALING JAYA- Usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri ditegur kerana tidak sensitif dengan kejadian banjir teruk sehingga menyebabkan ramai yang terjejas termasuk hilang tempat tinggal susulan perkongsian sebuah video sedang bercuti bersama keluarganya di luar negara baru-baru ini.

Video yang dikongsi Aliff itu menunjukkan beliau bersama ahli keluarga membuat kejutan sempena sambutan hari jadi ibunya di sebuah penginapan pada musim sejuk ketika ini.

“Saya tidak boleh menggambarkan perasaan saya ketika ini sangat gembira bercampur terharu apabila dapat membuat kejutan sambutan hari jadi untuk emak saya di luar negara walaupun tidak begitu mengenali masyarakat di sini. Namun, saya berasa bersyukur kejutan ini menjadi dan menggembirakan emak,” katanya.

Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang menyindir Aliff dan meminta beliau memadam hantaran video percutian itu supaya lebih sensitif dengan nasib yang menimpa mangsa banjir di beberapa negeri ketika ini.

“Datuk, boleh tak simpan video percutian ini. Nanti bila keadaan saudah reda, Datuk boleh kongsi dengan semua orang. Sekarang ini Malaysia dilanda musibah dan bencana alam. Semua tengah berduka,” kata @zareena2403.

“Mungkin Datuk seronok nak kongsi video percutian tetapi ingatlah sama keadaan rakyat Malaysia sekarang. Bukan saya nak dengki tetapi perkongsian seperti ini tidak sesuai ikut dengan masa sekarang. Bila keadaan dah pulih, Datuk boleh kongsi semula dan kami tetap nampak,” ujar @queenof_themeadow.

“Saya cuma ingin beritahu Datuk, cuba memahami keadaan mangsa banjir di Malaysia sekarang. Semua tengah susah,” tulis @haus_melaka.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI