fbpx

Kena tipu dua kali, peniaga rugi lebih RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JEMPOL – Seorang peniaga masih tidak serik ditipu sindiket pinjaman wang tidak wujud apabila menjadi mangsa kali kedua dalam tempoh sebulan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, wanita berusia 52 tahun itu diperdaya kali pertama sehingga menyebabkan dia mengalami kerugian sebanyak RM80,000 sebelum membuat laporan polis pada 23 Jun 2020.

Mangsa sekali lagi ditipu apabila berurusan untuk membatalkan pinjaman berkenaan dengan memindahkan wang lebih RM100,000. Wanita itu membuat laporan di Balai Polis Bahau di sini semalam.

“Berdasarkan siasatan, mangsa yang mempunyai masalah kewangan mencari maklumat berkaitan pinjaman wang di laman Facebook. Mangsa mengisi butiran diri dan jumlah pinjaman sebanyak RM250,000 pada Jun tahun lalu.

“Mangsa kemudian dihubungi oleh individu yang mendakwa daripada syarikat pinjaman wang. Setelah diperdaya dengan urusan pinjaman yang tidak wujud ini, mangsa sekali lagi percaya akan mendapat semula wangnya dan perlu membuat bayaran untuk proses pembatalan pinjaman,” katanya.

Mangsa mengalami kerugian sebanyak RM226,314.50.

Menurutnya, semakan pada sistem CCIS mendapati akaun-akaun berkenaan telah mempunyai rekod jenayah penipuan sejak bulan Ogos tahun lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI