fbpx

Harimau Malaya akan kembali kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COOLS percaya skuad Harimau Malaya akan kembali lebih kuat selepas terkandas di peringkat Kumpulan B, Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura baru-baru ini.

PERTAHANAN berdarah kacukan negara, Dion Cools mengakui masih berbangga untuk me­nyarung jersi Harimau Malaya meskipun pasukan terkandas pada Piala AFF Suzuki 2020.

Cools hanya beraksi satu perlawanan buat pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe apabila turun selama 90 minit ketika tewas 1-4 kepada Indonesia di Stadium Nasional Singapura, Ahad lepas.

Meskipun gagal membantu pasukan melakar keputusan positif, impak Cools wajar diberi pujian kerana cukup rajin dengan arahan taktikal Cheng Hoe meskipun ada ketika diarahkan bermain di posisi tengah.

“Satu penghormatan besar (sarung jersi Malaysia). Banyak kami pelajari sebagai satu pasukan, kami akan kembali kuat,” katanya ringkas di laman sosial Instagram peribadinya semalam.

Cools yang mewakili kelab Denmark, Midtjylland sebelum ini menyahut panggilan skuad negara buat kali pertama pada kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jun lepas.

Namun, khidmat Cools tidak dapat dipanggil untuk aksi persabahatan antarabangsa yang dilakukan oleh skuad Harimau Malaya di Jordan pada Oktober lepas kerana mengalami kece­deraan.

Meskipun mengharungi jadual padat bersama kelab Midtjylland, pemain berusia 25 tahun itu tetap bersetuju untuk bersama Harimau Malaya di Singapura dan hanya diberi pelepasan pada 15 Disember lepas.

Selepas berakhirnya cabaran Piala AFF Suzuki, skuad negara akan fokus melakukan persiapan aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia yang bakal berlangsung pada Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI