PUTRAJAYA – Sebanyak enam kluster baharu dikenal pasti hari ini, dengan jumlah kluster aktif setakat ini sebanyak 231 kluster.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian mencatatkan sebanyak 3,510 kes termasuk 95 kes import, dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 2,731,713 kes.
“Daripada jumlah kes hari ini, 59 kes (1.7 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 3,451 kes (98.3 peratus) lagi terdiri daripada kategori satu dan dua.
“Terdapat 329 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 179 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Ujarnya lagi, sebanyak 4,998 kes sembuh, menjadikan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,652,585 kes. -K!ONLINE