fbpx

DSAI sedia undur diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap sempena MPN PKR Pulau Pinang di Penang Golf Resort di Kepala Batas hari ini. Pic SITI NUR MAS ERAH AMRAN

EBERANG PERAI – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia melepaskan jawatannya sekiranya ada lantikan baharu untuk menerajui parti itu.

Katanya, beliau bersedia memberi laluan kepada muka baharu jika dipersetujui oleh ahli parti.

“Kita bagi ruang dan saya sendiri bagi ruang kalau konsensus (kesepakatan) parti nak terima pemimpin baharu.

“Kita harus terbuka, jangan terlalu mengongkong akan kebangkitan tokoh baharu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang di Kepala Batas di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika disoal berhubung kesediannya mengundur diri sekiranya ada pemimpin baharu dipilih untuk mengambil alih tampuk kepemimpinan parti. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI