PETALING JAYA – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pembayaran lima sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Ia berdasarkan agihan 4.25 sen seunit dan bonus berjumlah 0.75 sen seunit, melibatkan jumlah agihan sebanyak RM8.9 bilion.
Sebagai perbandingan, dividen ASB tahun lalu berjumlah 4.25 sen seunit, berdasarkan agihan 3.5 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit, tidak termasuk tambahan bayaran bonus atau ihsan pada kadar 0.75 sen seunit bagi 30,000 unit pertama.
Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Arifin Zakaria berkata, untuk tahun ini, jumlah unit ASB dalam edaran adalah berjumlah 181.2 bilion unit, dengan 10.4 juta pemegang unit.
Urus niaga bagi ASB ditangguhkan sejak 23 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022 dan akan dibuka semula pada 3 Januari 2022. – K! ONLINE