fbpx

‘Can advise you something’, itu bukan suara saya – Rosmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah ketika tiba di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menafikan bahawa rakaman perbualannya dengan suami, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terkandung dalam audio ‘can i advise you something’ (boleh tak saya nasihatkan awak sesuatu) adalah suaranya.

Rosmah, 70, menafikan perkara itu, ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram semasa pemeriksaan balas sama ada kandungan audio itu milik suaranya atau tidak.

“Tidak, ia (kandungan rakaman suara) benar-benar mengarut (sampah),” kata Rosmah.

Terdahulu rakaman yang dikenali sebagai klip “can i advise you something”, dimainkan secara ringkas di mahkamah apabila pihak pendakwaan mahu Rosmah mengenal pasti suara dalam rakaman itu.

Sri Ram: Saya cadangkan kepada anda bahawa itu adalah suara anda?
Rosmah: Tidak setuju

Sri Ram: Saya juga cadangkan dalam perbualan itu anda membuat rujukan kepada pelantikan di pejabat awam?
Rosmah: Tidak setuju

Saya cadangkan, anda tidak mahu dikaitkan dengan kandungan rakaman audio berkenaan kerana ia mengesahkan bahawa anda menasihatkan suami anda berhubung pelantikan jawatan awam?
Rosmah: Tidak setuju

Saya cadangkan bahawa kandungan rakaman audio berkenaan adalah benar
Rosmah: Tidak, ia adalah sememangnya mengarut.

Anda (pembelaan) mempunyai pilihan untuk mencabar keterangan saksi yang mengenal pasti suara anda dalam rakaman audio berkenaan, tetapi tidak berbuat demikian, kerana ia adalah suara anda?
Rosmah: Tidak setuju

Dalam prosiding itu juga, pihak pendakwaan dan pembelaan turut bertikam lidah berhubung kenyataan yang diberi Rosmah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Oktober 2018.

Ia berikutan peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili isteri bekas Perdana Menteri itu, membantah soalan Timbalan Sri Ram yang menyentuh mengenai kes pengubahan wang haram (AMLA).

Ketika pemeriksaan balas oleh Sri Ram, Rosmah berkata, dia tidak mengenali Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd, Saidi Abang Samsudin dan rakan niaga Saidi, Rayyan Radzwill Abdullah.

Pada peringkat ini, Rosmah sedang disoal balas oleh Sri Ram pada perbicaraan bela diri kes solar tersebut di Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan kemudian menetapkan esok untuk sambung bicara.

Mengikut pertuduhan Rosmah didakwa meminta suapan RM187.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd., Saidi Abang Samsudin, melalui pembantunya ketika itu, Rizal Mansor, sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar menerusi rundingan terus dengan Kementerian Pendidikan.

Beliau turut didakwa menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi antara 2016 dan 2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI