fbpx

Banjir: 390 kes Covid-19, 180 kes penyakit berjangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk kelihatan membersih rumah mereka yang dipenuhi lumpur akibat banjir lumpur di Taman Chegar Medang, Bentong semalam.

PUTRAJAYA – Jumlah kes positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir sehingga hari ini mencatatkan sebanyak 390 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun tiada kes baharu positif Covid-19 yang dikesan di Pusat Permindahan Sementara (PPS).

“Bagi kes penyakit berjangkit pula, sebanyak 180 kes dikesan melibatkan mangsa banjir.

“Ia terdiri daripada jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) (80 kes), penyakit kulit (57 kes), acute gastroenteritis (AGE) (42 kes) dan konjunktivitis (satu kes),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, sehingga kini sebanyak 384 PPS masih beroperasi dengan tujuh negeri dilanda banjir iaitu Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Kuala Lumpur dan Melaka melibatkan 61,264 mangsa. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI