fbpx

Banjir: 24 korban banjir di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah keluarga mengharungi banjir demi menyelamatkan diri di Seksyen 23 Shah Alam baru-baru ini. – Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

SHAH ALAM – Tragedi banjir yang melanda Selangor telah mengorbankan 24 individu setakat ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri menzahirkan takziah kepada semua keluarga terlibat tersebut.

Katanya, setakat pukul 8 malam tadi didapati sejumlah 22,875 orang melibatkan 5,165 keluarga di lapan daerah meliputi 18 mukim di Selangor telah ditempatkan di 125 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Gerak kerja rapat dengan ketumbukan 3,326 anggota termasuk NGO NGO akan terus berusaha dalam operasi mengurus termasuk Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sebanyak 2064 tan metrik sampah telah diangkut oleh KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM).

Ujar Amirudin, ini melibatkan 487 tong roro, 29 backhoe dan 1,274 pekerja bagi operasi pembersihan di lapan daerah yang terjejas banjir. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI