fbpx

Artifak 1880-an ditemui dalam kapsul masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua artifak tersebut dikeluarkan dari sebuah kapsul masa bertarikh pada tahun 1887. – UPI

RICHMOND, VIRGINIA – Sekumpulan pakar berjaya mengeluarkan sebuah almanak, dua buah buku usang, sekeping duit syiling dan sehelai sampul kain yang ditemui di dalam sebuah kapsul masa bertarikh pada tahun 1887, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Kapsul masa tersebut  ditemui di bawah patung Jeneral Konfederasi, Robert E. Lee di Richmond, Virginia pada minggu lepas.

Sejurus dibawa keluar, pakar-pakar sejarah memulakan proses membuka kapsul masa tersebut yang dilakukan secara amat berhati-hati bagi mengekalkan keadaan asalnya.

Antara yang turut ditemui di dalam peti tersebut adalah buku yang mempunyai perkataan ‘love’ beserta sekeping duit syiling yang disertakan bersama.

Sehelai sampul kain turut ditemui dengan pakar-pakar berkata, ia berkemungkinan mengandungi sehelai kertas atau sekeping gambar.

Kesemua barangan yang ditemui berada dalam keadaan basah, menyebabkan proses membawa keluar artifak tersebut dilakukan dengan berhati-hati.

“Disebabkan kesemua artifak berada dalam keadaan basah, ia akan diletakkan di dalam peti sejuk beku bagi mengelakkannya daripada rosak,” kata konservator di Jabatan Sumber Bersejarah Virginia, Katherine Ridgway. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI