fbpx

Alternatif didik masyarakat kenali pemanis mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Homebaker At Clover optimis mahu pasaran pemanis mulut arus perdana terus dikenali dalam kalangan masyarakat.

PETALING JAYA – Mempunyai kelayakan akademik jurusan perniagaan dan sains komputer termasuk pengalaman 30 tahun di pelbagai syarikat teknologi maklumat dan komunikasi, namun akhirnya Rosli Manaf beralih kepada bidang bakeri.

Minat ‘baking’ atau membakar kek akhirnya mengatur permulaan indah buat lelaki berusia 54 tahun itu beberapa tahun sebelum merancang simpanan persaraannya sejak Oktober tahun lalu.

Kehadiran jenama Homebaker At Clover bermula tahun 2015 dengan pengkhususan manisan berasaskan roti dipanggil Cinnamon Rolls menyebelahi nasib dan rezeki lelaki berasal dari Perak itu.

Malah sejak setahun lalu memiliki cawangan kafe pertama di Bukit Jelutong dengan tagline setiap sambutan perayaan dirai, jenama berasaskan artisan bakeri itu kali ini menawarkan promosi istimewa menjelang Krismas dan Tahun Baru.

“Kali ini kami tawarkan tiga pakej kotak bersaiz standard dan mini seperti lazimnya. Kotak paling besar memuatkan 16 biji Cinnamon rolls pelbagai perisa dan toppings dijual sekitar harga RM88.

“Malah sebagai usaha menarik perhatian penggemar menu sihat, kita buat kali pertama hadirkan seleksi vegan tanpa ada unsur haiwan dan telur. Kami dalam masa sama juga mahu mendidik masyarakat terhadap pasaran pemanis mulut arus perdana dengan memberikan alternatif dari harga semurah RM5 ke atas.

“Kenapa kalau ada keraian atau sambutan acara, kek, kek cawan atau brownies yang jadi pilihan. Kenapa bukan Cinnamon Rolls? Sedangkan boleh biasakan cara sebegitu. Malah ada yang hadiahkan pemanis mulut itu sebagai pengganti kek,” katanya.

Dengan misi dan visi setiap orang berhak menikmati Cinnamon Rolls, jenama itu kini pantas mencuri perhatian.

Hingga kini dalam tempoh setahun juga sudah ada lima cawangan termasuk bakeri, kafe dan kios di sekitar Selangor

“Masa bulan pertama kafe beroperasi, jualan bersih sampai cecah enam angka. Itu bakar semangat. Kita juga terus variasikan perisa (toppings) dan tambah menu baru. Jualan secara dingin beku juga ada dijual di cawangan kami.

“Kami juga rancak merekrut ‘dropships’ untuk terus menjajah wilayah kawasan lain. Ini perlu kerana konsep pemanis mulut ini sedap di makan ketika masih ‘fresh dan hot’. Jadi sebaiknya ada wakil jualan di kawasan tumpuan.

“Menjelang tahun depan, kita sasarkan 30 lagi cawangan jenama ini diwujudkan termasuk di KL. Tahun seterusnya ada rezeki nak berkembang ke negeri lain pula.

“Malah kita masih lagi melakukan penyelidikan untuk pelbagaikan menu manis ini dengan cara sihat yang pelbagai,” katanya yang mempunyai sekitar 38 pekerja.

Mengimbas kembali bagaimana jenama ini bermula, Rosli sendiri tidak menyangka percaturannya menjadi dan dipermudahkan.

Homebaker boleh diikuti di Instagram dan Facebook di @homebakeratclover. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI