fbpx

Aksi mesra Zul, Ruhainies, netizen patah hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BABAK mesra antara Zul dan Ruhainies mengundang perhatian netizen.

HUBUNGAN akrab dua pelakon ini iaitu Zul Ariffin dan Ruhainies tidak perlu lagi dipertikai ramai.

Tetapi rupa-rupanya ada yang tak selesa melihat kemesraan mereka selepas tular sebuah video dalam TikTok baru-baru ini.

Difahamkan, video tersebut dirakam pada majlis Anugerah Drama Sangat 2021 yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Menerusi rakaman tersebut, Zul dan Ruhainies dilihat sangat mesra dan saling bersentuhan antara satu sama lain sehingga mencetuskan rasa kurang senang netizen yang menontonnya.

Selain itu, ada juga yang melihat pasangan serasi dalam drama itu sangat padan antara satu sama lain. Tak kurang ada yang mendoakan mereka bergelar suami isteri satu hari nanti. Manis betul.

Tapi yang lucunya, ada peminat wanita Zul yang patah hati selepas menonton video tersebut. Alahai, sabarlah duhai hati.

“Stresnya dia rampas ‘bakal suami’ aku,” seloroh seorang netizen.

Jika tak mahu patah hati, anggap sahaja hubungan mereka seperti seorang abang dan adik perempuan, tidak lebih daripada itu. Selesai masalah semua.

MIZZ LAHAR: Kagum dengan semangat rakyat Malaysia yang tidak henti-henti menghulurkan bantuan terhadap mangsa banjir. Memang benar #rakyatjagarakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI