fbpx

4 sungai di Pahang berada di tahap bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir sekitar Pahang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Penduduk di negeri Pahang dinasihatkan bersiap sedia dan waspada ekoran status air sungai yang berada pada aras bahaya.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dalam satu kenyataan berkata, status bahaya dan amaran itu dikeluarkan kepada empat daerah melibatkan Bera, Maran, Temerloh dan Pekan.

“Kawasan yang terlibat adalah di kawasan Jambatan Sungai Bera dan Water Front di Bera manakala Sungai Kundang di Maran.

“Turut berada pada paras bahaya, di Temerloh membabitkan kawasan Kuala Krai dan Lubuk Pasu manakala status amaran dikeluarkan bagi kawasan Paloh Hinai di Pekan,” katanya.

JPS mengingatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan keadaan cuaca dan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI