fbpx

132 pekerja SpaceX positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah roket Falcon 9 dipamerkan di luar ibu pejabat SpaceX di Hawthorne, California, 28 Januari lalu. – AFP

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Seramai 132 pekerja  ibu pejabat syarikat SpaceX di California disahkan positif Covid-19 sekali gus menjadi penularan terbesar wabak tersebut melibatkan tempat kerja di Los Angeles, lapor laman berita Wion News semalam.

Syarikat aeroangkasa milik bilionair, Elon Musk itu menyatakan dalam satu kenyataan bahawa  tidak semua kes dilaporkan dalam masa sehari, sebaliknya penularan bermula sejak September tahun ini selepas beberapa pekerja dijangkiti virus Covid-19 di  luar tempat kerja.

“Daripada 132 kes tersebut, hanya satu kes disyaki jangkitan di tempat kerja. Selebihnya merupakan kes yang dilaporkan sejak September lalu melibatkan  pekerja yang pulang dari bercuti.

“Sekali lagi kami ingin menegaskan bahawa ia bukan bermaksud kesemua 132 pekerja di Hawthorne dijangkiti Covid-19 di tempat kerja.

“Kami akan terus berusaha untuk memastikan bahawa para pekerja selamat di ibu pejabat ini,” demikian kata kenyataan tersebut.

Kemudahan di Hawthorne tersebut menempatkan hampir 6,000 pekerja dan bertindak sebagai ibu pejabat SpaceX, pusat kawalan misi angkasa lepas dan kilang pembuatan roket Falcon 9.

Menurut satu laporan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Awam Daerah Los Angeles, syarikat itu kini merangkumi  hampir 30 peratus   kes Covid-19 melibatkan tempat kerja di daerah tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI