fbpx

YY Pang menang dalam duka lara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN bengkel milik pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team yang ditenggelami air di Taman Sri Muda, Shah Alam pada Ahad lalu.

PASUKAN Ipone Yamaha YY Pang Racing Team yang mencipta kejutan meraih gelaran juara CP125 pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Ahad lalu terpaksa pulang hiba selepas bengkelnya di Taman Sri Muda, Shah Alam ditenggelami air.

Penyelaras pasukan YY Pang Racing Team, Gary Pang Kee Yong berkata, dia berada di kedai untuk persiapan bagi meraikan kejayaan pelumbanya, Mohd. Adib Rosley yang mencipta kejutan menjuarai CP125.

Ketika itu, bapanya, Pang Yok You yang juga pengurus pasukan sudah berada di Sepang bersama kru serta pelumba untuk menghadapi perlumbaan terakhir.
Bagaimanapun, segala persiapan yang mahu dibawa ke Sepang terpaksa dibatalkan sebab banjir melanda.

YOK YOU

“Segalanya berlaku dengan begitu pantas kerana pada Sabtu petang, saya berada di kedai untuk memastikan staf berada dalam keadaan baik. Ketika itu, air sudah naik dan kami sempat alih barang di tempat lebih tinggi.

“Saya dan pasukan tidak jangka banjir menjadi seteruk ini, tetapi saya bernasib baik kerana ayah saya sudah berada di Sepang untuk melakukan persiapan bersama pasukan.

“Keadaan juga bertambah teruk sebelah malam dan saya dapati air naik sangat pantas. Saya terus balik ke rumah yang tidak begitu jauh dengan kedai. Pada waktu malam, saya mendapati air mula masuk sehingga ke tingkat dua.

GARY PANG

“Apa pun, saya bersyukur tiada kecederaan menimpa keluarga. Saya ingin ucapkan tahniah kepada Adib atas kejayaannya dan usaha selama ini berjaya membuahkan hasil.

“Tahniah juga kepada kru pasukan yang bertungkus-lumus menjayakan pasukan ini,” kata­nya kepada Kosmo! semalam.

Selain pasukan pasukan YY Pang, pasukan SCK Racing Team turut berdepan nasib serupa selepas bengkel motosikal mereka turut tenggelam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI