fbpx

Treler rempuh lori rosak tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bahagian depan treler selepas merempuh sebuah lori di Kilometer 27, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

GUA MUSANG – Pemandu dan kelindan sebuah treler cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori rosak yang berada di bahu jalan di Kilometer 27, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, pemandu treler, Che Ismail Awang Hassan, 59, dan pembantu kelindan, Mohd. Ezrin Irwan Che Bosu, 29, mengalami kecederaan pada bahagian hidung, dada dan tangan.

Pemandu lori jenis Hicom yang membawa muatan barangan runcit dan papan, Muhamad Khairi Azhar Othman, 27, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, sebuah lori tersebut yang dari arah Gua Musang ke Kuala Krai dipercayai telah berhenti di bahu jalan kerana mengalami kerosakan akibat tayar kanan belakang tercabut.

Katanya, pemandu lori itu telah meletakkan tanda amaran segi tiga dan ranting pokok di belakang lori itu.

“Pemandu lori telah masuk ke dalam lori itu dan tidur kira-kira pukul 5 pagi tadi.

“Bagaimanapun, sebuah treler yang membawa muatan barangan elektrik datang dari arah Gua Musang Ke Kuala Krai telah merempuh bahagian belakang sebelah kanan lori sehingga kenderaan itu terbalik ke kiri jalan kira-kira pukul 6.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI