fbpx

TNB peruntuk RM44 juta pulih bekalan elektrik mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharin (paling kiri) mengadakan lawatan ke lokasi banjir di Hulu Langat, Selangor semalam (Selasa) bagi meninjau kerja-kerja TNB memulihkan infrastruktur bekalan yang turut terkesan akibat banjir.

PETALING JAYA- Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan RM44 juta untuk memulihkan semula bekalan elektrik dan aset mangsa banjir yang terjejas.

TNB dalam satu kenyataan berkata, selain peruntukan, pihaknya turut menggerakkan kira-kira 2,000 tenaga kerja ke seluruh Semenanjung untuk membantu mangsa banjir dengan menyediakan keperluan asas dan penyaluran bekalan elektrik menggunakan set janakuasa bergerak termasuk di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Tindakan utama ialah memulihkan pencawang dan aset lain dengan mengujinya untuk memastikan ia selamat untuk menyalurkan bekalan.

“Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menghargai semua tindakan segera TNB termasuk menyediakan sokongan tenaga kerja serta logistik seperti bot dan kenderaan yang disifatkannya sebagai pengorbanan dan sumbangan kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, warga kerja teknikal TNB yang terdiri daripada pasukan kerja tambahan dari luar Lembah Klang dan 70 Rejimen Pakar Janaelektrik Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) juga digerak untuk kerja pemulihan infrastruktur bekalan termasuk membaik pulih kabel rosak, tiang tumbang disebabkan tanah mendap atau dihanyutkan arus.

“RAJD telah digerakkan lebih awal sebaik banjir melanda untuk bersama-sama agensi penyelamat memindahkan mangsa banjir ke tempat selamat, khususnya ke pusat pemindahan sementara,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, sebanyak tambahan RM4 juta daripada peruntukan RM44 juta disalurkan untuk bantuan kewangan yang akan diagihkan melalui Tabung Bencana GLC/GLIC Disaster Response Network (GDRN).

“Pengagihan sumbangan kewangan akan dibuat oleh Tabung Warga Prihatin TNB terhadap seluruh mangsa banjir yang terlibat,” jelasnya – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI