fbpx

TFC mahu ikat pemain kacukan Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOODLAND menjadi pemain pertahanan yang diburu oleh skuad Penyu untuk mengharungi Liga M musim depan.

TERENGGANU FC (TFC) semakin rancak memperkuatkan skuad untuk musim depan dengan hampir pasti mengikat pemain kacukan Filipina, Luke Woodland.

Sumber TFC memberitahu, pemain kelab Thailand, Ratchaburi Mitr Phol FC itu merupakan pilihan utama skuad Sang Penyu sebagai mengisi kekosongan pemain import bagi kuota ASEAN.

“Woodland dikenal pasti sebagai pemain paling ideal untuk memperkuat posisi pertahanan tengah, sekali gus memenuhi kriteria slot pemain import ASEAN.

“Begitupun biarlah keputusan akhir ditentukan oleh ketua jurulatih, Mohd. Nafuzi Zain,” kata­nya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Sumber berkata, TFC telah mengikat dua import baharu iaitu dua bekas penyerang Kedah Darul Aman FC iaitu Kipre Tchetche dan Kpah Sherman serta pemain pertahanan, Pape Diakite.

Sumber itu menambah, selain itu, skuad Sang Penyu turut mengekalkan tiga import lain iaitu Habib Haroon, Jordan Mintah dan Argzim Redzovic.

Woodland merupakan kelahiran Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu yang memulakan karier awalnya di England bersama Bolton Wanderers, Oldham Athletic dan York City sebelum berkelana ke Filipina mewakili Ceres-Negros.

Pemain berusia 26 tahun itu kemudiannya menyarung jersi kelab Thailand, Buriram United disusuli skuad Kuala Lumpur City untuk saingan Liga Super 2019 selain beraksi untuk Filipina dalam Piala Asia pada tahun sama.

Setakat ini, Woodland menjaringkan satu gol dalam 11 penampilan bersama Ratchaburi musim ini dan membantu pasukan itu berada di tangga ke-11 dengan pusingan kedua Liga Thailand kembali bersambung Januari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI