fbpx

Tamatkan zaman duda, Zahid tiada niat berahsia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Zahid menamatkan zaman duda dengan seorang wanita bernama Nurul Shuhada Osman pada 19 Disember lalu.

PETALING JAYA – Tiada niat berahsia sudah mendirikan rumah tangga kembali selepas empat tahun menduda, sebaliknya penyanyi Zahid tidak menghebahkan pernikahan dengan Nurul Shuhada Osman pada 19 Disember lalu berikutan musibah banjir di Lembah Kelang.

Katanya, walaupun majlis akad nikah berlangsung di Tanjung Bungah, Pulau Pinang yang juga tempat asal isterinya, dia tidak memuat naik gambar detik bersejarah mereka hinggalah malam tadi bagi menjaga sensitiviti ramai.

“Alhamdulillah majlis akad nikah kami dipermudahkan. Kami memilih Pulau Pinang kerana ini tempat kelahiran isteri saya. Jamuan makan pula diadakan selepas nikah dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Boleh dikatakan tak cecah pun 50 tetamu kerana yang dapat diundang hanya membabitkan ahli keluarga terdekat memandangkan lokasi pilihan iaitu sebuah banglo berhampiran masjid juga hanya mampu menampung jemputan mengikut SOP.

“Selepas itu saya tidak muat naik apa-apa gambar, namun cuma ‘repost’ perkongsian tetamu lain berkenaan majlis kami menerusi Instastory, sampailah malam tadi. Langsung tiada niat nak menyembunyikan benda baik.

“Seluruh negara sedang berduka dengan ramai mangsa terlibat. Kami cuma mampu mendoakan dan membantu setakat termampu. Waktu pernikahan Ahad lalu keadaan di Lembah Klang masih teruk, saya lebih pentingkan perasaan mereka ketika itu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) itu selamat bergelar suamiu kepada Nurul yang juga bekas perancang acara di Masjid Terapung Tanjung Bungah pada Ahad lalu serentak sambutan hari lahir penyanyi itu yang ke-41.

Kata Zahid, sikap sempoi, mudah mesra dan pandai membawa diri mendorongnya menjadikan wanita yang dikenali sejak tiga tahun lalu itu sebagai suri hati sekali gus sebagai teman hidup sudah dan senang.

“Isteri seorang yang sempoi, boleh ‘masuk’ dengan semua orang terutama keluarga dan kawan-kawan saya. Jadi buat apa tunggu lagi. Kebetulan Maharaja Lawak Mega (MLM) juga sudah berakhir, kita teruskan niat mendirikan masjid. Kami tak bertunang, terus buat perkara wajib.

“Sebenarnya kami tak beria pilih 19.12.20 ini, tetapi selepas nampak ia ‘jatuh’ pada hari Ahad, kami terus tetapkan sebagai tarikh pernikahan. Selepas ini tiada alasan lupa ulangtahun perkahwinan kerana serentak hari,” katanya.

Terdahulu, Juara AF musim kedua itu berpisah dengan bekas isteri, Sarah Julifa Yusof pada Julai 2019 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Zareef Nufael yang kini berusia tujuh tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI