fbpx

Razarudin dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah semasa sidang akhbar selepas menyampaikan watikah pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Kecemerlangan Datuk Razarudin Husain sepanjang 37 tahun dalam Polis Diraja Malaysia membolehkan beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baharu.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin selepas beliau mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

“Perlantikan ini diperakui Suruhanjaya Perkhidmatan Polis serta selaras dengan Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Razarudin, 58, dari Dengkil Selangor, bakal menggantikan Datuk Seri Mazlan Lazim yang akan bersara wajib pada Sabtu ini sebelum pelantikan itu bakal berkuat kuasa pada Ahad

Pemilihan beliau sebagai penyandang ke-28 jawatan itu disebabkan kecemerlangan ketika menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Bukit Aman lebih setahun lalu.

“Sepanjang bertugas di situ sejak dilantik pada 9 September tahun lalu, beliau telah berjaya melumpuhkan dan memerangi banyak kegiatan jenayah dadah di seluruh negara,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI