fbpx

Program PTPTN Prihatin bantu lebih 1,000 mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN menyerahkan kit bantuan banjir kepada salah seorang mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Jalan Klang Lama.

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada lebih 1,000 mangsa banjir yang terjejas menerusi program PTPTN Prihatin melalui Misi Bantuan Banjir Skuad PTPTN Prihatin.

Setiap keluarga yang terlibat menerima sumbangan kit bantuan banjir iaitu barangan keperluan harian dan makanan daripada program yang dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan DANA KITA.

PTPTN dalam satu kenyataan berkata, fenomena banjir yang melanda pada ketika ini telah mengakibatkan kerosakan rumah dan harta benda.

Menurut PTPTN, melalui program ini tampil untuk memberi sumbangan dan bantuan yang sewajarnya untuk meringankan beban mangsa yang terjejas.

“PTPTN melalui Program PTPTN Prihatin: Misi Bantuan Banjir Skuad PTPTN Prihatin terpanggil membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana banjir dan komited menyalurkan bantuan serta sumbangan yang sewajarnya.

“PTPTN telah bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) DANA KITA yang membantu mengurus dan menyelaraskan bantuan serta barangan sumbangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

PTPTN menambah, skuad PTPTN Prihatin dan sukarelawan DANA KITA pada Isnin lalu telah bergerak untuk menghulurkan sumbangan kit bantuan banjir kepada mangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor melibatkan dua (2) buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Pengagihan sumbangan dibuat selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI