fbpx

Polis tubuh Martak bagi misi bantuan banjir di Hulu Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah.

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia telah menubuhkan Markas Taktikal (Martak) bagi usaha penyelarasan operasi bantuan mangsa banjir di Daerah Hulu Langat yang teruk terjejas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia susulan lawatan beliau sendiri meninjau kawasan itu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryll Sani Abdullah Sani kelmarin.

“Ia telah diwujudkan semalam dengan bertempat di Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di Kem Tekali,” katanya pada sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini.

“Pegawai pemerintah akan menyelaras operasi bantuan semua unit dari dalam dan luar selain koordinasi operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi yang lebih bersepadu,” katanya.

Markas ini ujarnya, menempatkan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia dari sekitar Hulu Langat untuk membantu operasi harian selain pelbagai penugasan yang akan dilaksanakan

Sebelum penubuhan Martak katanya, segala kerja mencari dan menyelamat penduduk terlibat diselaraskan oleh Briged Batalion Pasukan Gerakan Am dari Kem Semenyih dan Cheras.

Mereka turut dibantu ramai pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang namun ia masih tidak mencukupi memandangkan skala kerosakan bencana kali ini amat dahsyat.

“Saya telah minta Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk kementerian beli bot serta sudah dapat kelulusan tambahan 50 buah lagi untuk ditempatkan di balai-balai polis,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI