fbpx

Pengusaha bengkel kenderaan jangan aniaya mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pengusaha bengkel kenderaan diingatkan tidak mengambil kesempatan dan mengenakan harga yang melampau ke atas pembaikan kenderaan selepas musim banjir ini.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, mereka yang berbuat demikian boleh disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisma untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah) 2018.

Menurut beliau, semua pengusaha bengkel perlu mematuhi Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) 2002, Akta Pelindungan Pengguna 1999.

“Pemantauan ke atas premis-premis perniagaan kenderaan bermotor akan dipertingkatkan bagi memastikan hak pengguna dilindungi.

“Sepanjang tahun ini, sebanyak 76 kes melibatkan nilai kompaun RM21,250 susulan 570 pemeriksaan di seluruh negera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman berkata, pemilik kenderaan dinasihatkan berhati-hati dan mendapatkan sebut harga secara bertulis berkaitan jangkaan pembaikan kenderaan daripada peniaga.

“Bagi kenderaan yang masih di dalam waranti, pengguna disarankan untuk mendapatkan perkhidmatan pembaikan di Pusat Servis Kenderaan yang berkaitan.

“Sekiranya pemilik kenderaan yang mempunyai sebarang aduan atau maklumat berhubung perkara ini boleh melaporkan kepada pihak KPDNHEP melalui saluran aduan seperti WhatsApp 019-2794317; portal aduan, e-aduan.kpdnhep.gov.my; pusat panggilan, 1-800-886-800; Ez ADU KPDNHEP; Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245 atau emel [email protected],” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI