fbpx

Padah rasuah polis, peniaga didenda RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cheng Chue dikenakan hukuman denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas tuduhan memberi rasuah kepada polis, Februari lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang peniaga minuman dihukum denda RM20,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi rasuah kepada seorang anggota polis, Februari lalu.

Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail turut memerintah Pek Cheng Chue, 44, dipenjara satu bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan pilihan, Cheng Chue didakwa memberi suapan berjumlah RM5,000 kepada seorang anggota polis berpangkat koperal sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang kerana melakukan kesalahan memiliki minuman keras yang dipercayai tidak bercukai.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pusat penjaja di Jalan Mohd. Akil, Batu Pahat pada pukul 7 petang, 1 Februari lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan di mana boleh dipenjara satu perempat daripada tempoh penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Nur Mahirah Mohd. Fauzi manakala tertuduh diwakili peguam Tan Song Yan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI