fbpx

Noh Omar masih Pengerusi MKN Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh

PUTRAJAYA – Tan Sri Noh Omar memaklumkan bahawa beliau masih lagi Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor dań menafikan dakwaan dibuat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bahawa jawatan tersebut telah bertukar tangan.

Beliau berkata, apa yang dilakukan Amirudin adalah cubaan untuk lepas tangan dari tanggungjawab dan tidak memahami tugasnya yang sebenar.

“Saya nak bagitahu, saya terpaksa ‘sekolahkan’ Menteri Besar Selangor sebab apa yang viral semalam, nampaknya dia tidak faham sebenarnya.

“Saya masih lagi Pengerusi MKN Selangor, bukan MB Selangor seperti yang viral semalam, harap Amirudin boleh faham.

“Menteri Besar jangan lepas tangan, jangan tunding jari salahkan sesiapa. Kalau dia nak lepas tangan lebih baik dia lepaskan jawatan,” katanya pada sidang akhbar bagi menjelaskan dakwaan yang dibuat Amiruddin semalam.

Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia berkata, sekiranya Amirudin memahami bidang tugasnya tidak akan timbul cakap-cakap kononnya tidak boleh mempengerusikan mesyuarat seperti yang didakwa.

“Menteri Besar mungkin dia tidak faham ada dua arahan berbeza di bawah MKN iaitu pertama pengurusan keselamatan negara, kedua ialah Majlis Keselamatan Negara, Semakan Semula Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana negara, ini dua yang berbeza.

“Ini menunjukkan bila ada dua arahan ini maknanya ada dua jawatankuasa. Saya dilantik di bawah arahan nombor 1 iaitu isu pengurusan keselamatan negara dan dilantik oleh Perdana Menteri.

“Yang sepatutnya menteri besar tengok ialah arahan nombor 2 iaitu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya lagi.

Pada sidang akhbar itu juga, Ahli Parlimen Tanjung Karang itu memaklumkan Amirudin telah memohon maaf ekoran salah faham yang timbul berkenaan isu Pengerusi MKN Selangor.

“Saya pun nak mohon maaf sebab terpaksa buat sidang media ini untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul dan saya telah maafkan beliau,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI