fbpx

Nasib Cheng Hoe diumum tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHENG HOE diberi masa seminggu atau dua minggu untuk membuat laporan mengenai kegagalan skuad Harimau Malaya pada Piala AFF Suzuki di Singapura.

TEKA-teki berhubung tindakan yang akan diambil dan status jurulatih negara, Tan Cheng Hoe dijangka dapat diputuskan bulan depan.

Ketika ini, ramai yang mula mempersoalkan kedudukan Cheng Hoe dan meminta Persa­tuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjatuhkan ‘talak’ kepada jurulatih itu.

Bagaimanapun, badan induk itu memberikan tempoh sekurang-kurangnya seminggu buat Cheng Hoe untuk melengkap­kan laporan penuh.

Setiausaha Agung FAM, Mohd. Saifuddin Abu Bakar berkata, badan induk itu tidak boleh membuat rumusan melulu dan keputusan adalah berlandaskan laporan yang akan dihantar.

“Buat masa sekarang, saya tidak boleh maklumkan apa-apa. Kita bagi masa seminggu atau dua minggu kepada Cheng Hoe.

“Laporan (kegagalan pada Piala AFF Suzuki) perlu dibuat secara terperinci dan bukan sekadar sehelai kertas. Jadi kita tunggu laporan dulu.

“Selepas itu, kita akan duduk menilai. Kita juga akan buat keputusan secepat mungkin selepas dapat laporan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu, Harimau Malaya terpaksa pulang awal selepas tewas 1-4 kepada Indonesia dalam perhitungan hidup mati ketika perlawanan terakhir dan hanya menghuni tangga ketiga Kumpulan B selepas mengutip enam mata.

Mohd. Saifuddin menambah, badan induk itu sedar yang Cheng Hoe bukan ahli silap mata yang mampu memuaskan hati semua pihak.

“Situasi Covid-19 juga berikan masalah kepada arena bola sepak negara. Bawa Arsene Wenger sekalipun belum tentu (julang Harimau Malaya).

“Siapa yang tidak mahu menang. Saya akui semua orang sedih dengan keputusan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI