fbpx

Mangsa kebakaran flat Sri Johor terima rumah ganti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismadi Sakirin (dua dari kanan) bersama Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Rajah Symon (tengah) menyerahkan surat tawaran rumah ganti kepada lapan keluarga mangsa kebakaran PA Sri Johor pada 18 Disember lepas

KUALA LUMPUR – Mangsa kebakaran yang melibatkan lapan unit rumah kediaman di Perumahan Awam (PA) Seri Johor Cheras, Kuala Lumpur pada 18 Disember lalu ditawarkan penyewaan rumah ganti dengan pengecualian sewa rumah selama tiga bulan.

Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ismadi Sakirin berkata, semua mangsa kebakaran yang ditawarkan rumah ganti tersebut melibatkan lapan buah keluarga dengan penempatan di dua buah perumahan awam.

“Mangsa-mangsa yang terlibat ditawarkan penyewaan rumah di PA Seri Johor 4B di kawasan yang sama kediaman mereka sebelum ini melibatkan 7 Ketua Penyewa dan di PA Seri Sabah 3V melibatkan satu Ketua Penyewa.

“Mereka turut diberikan pengecualian sewa rumah selama tiga bulan dan semua ketua penyewa turut mendapat sumbangan wang tunai Tabung Bencana Alam DBKL sebanyak RM500,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Rumah Ganti kepada Mangsa Kebakaran PA Sri Johor di Dewan Blok 29, Perumahan Awam Sri Johor, Jalan Jelawat, Cheras di sini hari ini.

Tambahnya, semua mangsa yang terlibat telah ditempatkan secara sementara sebelum ini di Dewan Merdeka Blok 29, PA Seri Johor 4B dan terdapat mangsa yang menumpang sementara di kediaman saudara mereka. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI