fbpx

Mangsa banjir ‘memilih’ tak nak nasi lemak, nak nasi ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar luahan @Zamerxciter93 di media sosialnya berkenaan sikap mangsa banjir yang tidak bersyukur.

PETALING JAYA – Seorang individu mendakwa terdapat segelintir mangsa banjir masih bersikap ‘memilih’ dan cerewet apabila enggan mengambil makanan berupa nasi lemak yang dihantar olehnya meskipun dalam keadaan agak darurat akibat bencana ini.

Menerusi pendedahan @Zamerxciter93 di laman laman sosial, makanan berupa nasi lemak yang dihantarnya di sebuah pusat pemindahan banjir (PPS) enggan diterima segelintir mangsa di situ.

“Mereka masih mempersoalkan kenapa bawa nasi lemak dan enggan ambil nasi lemak yang dibawa, sebaliknya tanya kenapa tak bawa nasi ayam bersama lauk.

“Perbuatan memilih itu menyebabkan berlaku lebihan makanan sehingga membazir dan makanan melimpah serta bersepah. Kalau plastik basah sikit terus mereka tak nak ambil makanan itu.

“Kami memang berbulu dan naik angin, kita hantar makanan tapi memilih pula. Tambah-tambah warga asing sampai pecahkan Mydin, Shell sebab mereka tak nak pindah tapi terdesak perlukan makanan,” ujarnya.

Pemerhatian di ruangan komen mendapati orang ramai mendakwa PPS yang dimaksudkan itu adalah di Shah Alam, Selangor.

Pendedahan itu juga menyebabkan orang ramai naik berang dengan sikap segelintir mangsa banjir yang memilih itu.

“Ko akan jumpa orang mcm ni. Kalo orang mcm tu, aku biarkan je, biar kebulur. Tak kuasa nak layan. Pergi yang tempat org yg reti bersyukur,” komen @haneysmoon

“Kalau diorang memilih, tu maknanya mereka masih belum betul-betul lapar… kalau dah betul lapar, makan saja apa yang ada,” ujar @Pemuda Karar pula.

“Lebih baik abang sedekah makanan tu dekat haiwan je, haiwan lebih tau rasa bersyukur dari manusia durjana mcm tu, geram pulak aku,” kata @Aqumarine. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI