fbpx

Lemang Tok Ki tenggelam air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kedai Lemang Tok Ki yang ditenggelami banjir Ahad lalu.

PETALING JAYA – Kedai makan terkenal bagi kelab-kelab kenderaan pada hujung minggu, Lemang Tok Ki dilaporkan tenggelam dalam kejadian banjir pada Ahad lalu.

Satu perkongsian di media sosial hari ini menunjukkan kedai makan terkenal itu hanya bumbung sahaja yang kelihatan.

Difahamkan kawasan kedai makan yang terletak di Bentong, Pahang itu terjejas teruk dengan kebanyakkan kediaman di tempat terbabit turut tenggelam.

Rata-rata orang ramai turut mendoakan kesejahteraan penduduk di kawasan tersebut dan mengharapkan keadaan pulih seperti biasa.

“Ini ‘port’ aku selalu lepak hujung minggu, ya Allah semoga Lemang Tok Ki kembali pulih. Kali ini memang kita diuji lagi.

“Harap semua mangsa yang terjejas bertabah dan anggaplah ini sebagai dugaan untuk umatNya untuk terus kuat,” jelas Rizalman Ahmad.

“Kuat betul ujian ini, sedih tengok keadaan warung terkenal ini tenggelam dalam kejadian banjir besar kali ni.

“Semoga lepas ini Lemang Tok Ki kembali berniaga dan menjadi tempat berhimpun kelab-kelab motosikal seperti biasa,” kata Zahraa Yazid. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI