fbpx

KPT alu-alukan IPTA tangguh sesi PdP akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengalu-alukan keputusan yang diambil oleh beberapa buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang menangguhkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta sebarang aktiviti sepanjang tempoh bencana banjir ini.

KPT berkata, antara IPTA berkenaan termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Menurutnya, turut melakukan perkara sama ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“KPT menzahirkan rasa prihatin dengan nasib yang menimpa warga IPTA yang terkesan dengan musibah yang berlaku.

“Langkah ini diharapkan dapat meringankan beban dan memudahkan urusan serta melancarkan proses pemulihan pasca banjir ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, KPT juga menyarankan kepada semua IPT lain yang terkesan akibat bencana ini untuk turut mengambil pendekatan yang sama bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Jelasnya, KPT turut menasihatkan pelajar yang mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan berhubung perkara ini boleh terus menghubungi Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI