fbpx

KPKT sedia RM59 juta bagi kos pemulihan bencana banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan agensi di bawahnya memperuntukan RM59 juta bagi usaha pemulihan banjir di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sebanyak RM50 juta diperuntukkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi kos membaik pulih infrastruktur di 25 PBT yang terjejas banjir.

Beliau berkata, sebanyak RM2 juta disediakan kepada Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi keperluan asas dan bakul makanan manakala, RM6 juta dikhususkan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bagi kerja pemulihan dan pembersihan.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut menerima RM160,000 bagi pembelian tambahan bot fiber dan gergaji rantai,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Reezal berkata, beliau hari ini mengetuai pasukan sukarelawan seramai 372 orang melakukan pembersihan awam di beberapa lokasi terjejas banjir di Hulu Langat dan Sepang.

Menurutnya, ia membabitkan kawasan Sungai Serai di Hulu Langat); Kampung Labu Lanjut, Pekan Salak dan Kampung Lembah Paya di Sepang dan juga Taman Cempakasari di Kapar membabitkan 1,250 buah rumah.

“Kerja-kerja pembersihan itu dilakukan oleh sukarelawan KPKT-MyLiveable Squad terdiri daripada pegawai dan kakitangan jabatan dan agensi-agensi KPKT seperti JBPM, PR1MA dan SWCorp.

“Tumpuan KPKT bagi Fasa 1 adalah bagi aktiviti menyelamat mangsa-mangsa banjir yang dilaksanakan sepenuhnya oleh 5,000 anggota Bomba di mana seramai 23,805 mangsa telah berjaya diselamatkan dan dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negara.

“Bagi Fasa 2 pula, ia membabitkan fasa pemulihan pasca banjir di mana KPKT dan agensi turun padang bagi usaha pembersihan rumah serta tempat awam selain menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI