fbpx

KPDNHEP rampas kartrij palsu bernilai RM41,724

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa KPDNHEP memeriksa katrij tiruan yang dirampas dalam operasi berkenaan.

PUTRAJAYA – Taktik licik dua warga tempatan yang menjadikan rumah kediaman sebagai tempat memproses, membungkus dan menyimpan kartrij pencetak tiruan akhirnya terbongkar selepas diserbu Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) 15 Disember lalu.

Hasil serbuan di Bandar Botanik, Klang, Selangor itu, sejumlah 79 unit kartrij percetakan, 1,815 unit pelekat hologram dan 120 unit cip pintar pelbagai jenama yang dianggarkan berjumlah RM 41,724 telah dirampas.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, serbuan dilakukan berikutan aduan yang diterima daripada wakil cap dagangan berdaftar terbabit berhubung penjualan produk kartrij percetakan jenama terkenal di premis itu.

“Ketika serbuan seramai dua lelaki bukan warga tempatan yang mengaku sebagai pekerja sedang melakukan kerja-kerja pembungkusan kartrij percetakan tersebut dipercayai untuk dipasarkan sekitar Lembah Klang.

“Premis tersebut juga adalah merupakan sebuah rumah kediaman yang dijadikan tempat memproses, membungkus dan menyimpan barangan terbabit dipercayai untuk mengaburi pihak berkuasa,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman berkata, hasil pengecaman awal daripada wakil pihak pengadu itu juga mengesahkan bahawa kesemua produk tersebut disyaki adalah tiruan berdasarkan ciri-ciri yang ada pada satu pembungkusan kartrij percetakan terbabit.

“Kesemua barangan tersebut bersama beberapa dokumen perniagaan lain telah disita untuk siasatan lanjut. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 41,724 dan kesemua pekerja asing tersebut ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mana-mana orang yang mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan apa-apa barang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah,” tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI