fbpx

Kerani cedera ditikam, wang RM120,000 dilarikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KENINGAU – Seorang kerani wanita sebuah pasar raya cedera ditikam dalam kejadian samun di hadapan sebuah bank di pekan Tambunan, di sini tengah hari semalam.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an cedera di perut dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari itu.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, dalam kejadian itu, suspek melarikan wang berjumlah RM120,000 milik majikan mangsa.

“Ketika kejadian, mangsa dan rakannya keluar dari kereta menuju ke sebuah bank untuk memasukkan wang tersebut, namun kembali semula ke kenderaan selepas tertinggal kad pengenalan.

“Semasa menuju ke kereta, seorang individu memakai topi keledar dan baju berwarna hitam menyerang dan menikam mangsa di perut sebelum menyamun beg yang dibawa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Nor Rafidah memberitahu, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut dan polis menjalakan Op Tutup di sekitar pekan Tambunan bagi mengesan suspek yang terlibat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI