fbpx

Empat penjawat antara lapan ditahan samun RM1.13 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Idzam (tengah) menunjukkan wang tunai dan beberapa barangan yang dirampas ketika sidang akhbar di IPD Cheras, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki berdepan detik cemas selepas hasil jualan jam tangan mewah berjumlah RM1.13 juta disamun empat lelaki bersenjatakan pistol di Jalan Chan Sow Lin, Cheras di sini pada 14 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kejadian berlaku selepas pengadu dan rakannya selesai melakukan transaksi penjualan jam tangan mewah milik majikan mereka dengan seorang lelaki.

“Semasa kedua-dua mereka menuju ke tempat letak kereta di lokasi kejadian untuk mengira wang, mereka didatangi dua lelaki memakai jaket dengan tulis ‘Polis’ menaiki sebuah kereta dan dua lelaki bermotosikal.

“Suspek yang menunggang motosikal memperkenalkan diri sebagai polis dan mengeluarkan sepucuk pistol. Lelaki itu menggeledah kereta dan merampas wang RM1.13 juta.

“Suspek turut mengarahkan pengadu ke Balai Polis Sungai Besi untuk tindakan lanjut, namun lelaki itu menghilangkan diri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini hari ini.

Menurut beliau, ekoran kejadian itu, pihaknya memberkas lapan individu termasuk empat penjawat awam berusia 22 hingga 43 tahun di sekitar Kuala Lumpur untuk membantu siasatan.

Turut ditahan pengadu dan rakannya yang bekerja sebagai pemandu bagi membantu siasatan bagi menyiasat sama ada wujud komplot.

“Beberapa barangan dirampas antaranya sepucuk pistol, dua motosikal, sebuah kereta Honda Civic, wang tunai RM716,800 dan barangan yang dibeli suspek menggunakan wang samun berjumlah RM223,460,” ujarnya.

Salah seorang suspek menggunakan wang hasil samun tersebut untuk menjelaskan baki bayaran kereta Honda Civic sebanyak RM90,970.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI