fbpx

Dua individu direman seleweng jualan kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua suspek ketika dibawa ke Kompleks Mahkamah Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Dua lelaki yang merupakan bekas pegawai sebuah agensi kerajaan ditahan bagi membantu siasatan kes penyelewengan jualan buah kelapa sawit berjumlah RM48,000 pada 2017 dan 2018.

Kedua-dua suspek berusia 35 dan 61 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sungai Petani di sini pada pukul 3 petang semalam.

Dua individu terbabit kemudian dibawa ke Kompleks Mahkamah Sungai Petani di sini hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Majistret Nadhirah Abd. Rahim membenarkan kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap mengesahkan penahanan dua lelaki terbabit.

“Siasatan ke atas mereka dilakukan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI