fbpx

Dua hilang dibawa arus banjir luar biasa di Mentakab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

TEMERLOH – Seorang lelaki dan seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di kawasan padang bola belakang bangunan UMN0 dalam kejadian banjir luar biasa yang menenggelami bandar Mentakab di sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu mangsa dikatakan cuba meredah kawasan padang bola yang dilimpahi air banjir.

“Berdasarkan laporan saksi kemudian kedua-dua mangsa telah dihanyutkan arus dan hilang.

“Bomba yang menerima panggilan pada pukul 3.15 petang bergegas ke tempat kejadian dengan lima anggota yang melakukan operasi pencarian semalam sebelum disambung semula hari ini,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya operasi pencarian dilakukan menggunakan teknik pencarian di permukaan di sekitar kawasan mangsa dilaporkan hilang.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI