fbpx

Dortmund bimbang isyarat diberi Haaland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND menjadi tumpuan utama pada jendela perpindahan Januari nanti ketika Dortmund perlu menjualnya untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi sebelum klausa pelepasannya aktif Jun nanti. – AFP

DORTMUND – Tindakan pe­nyerang sensasi, Erling Haa­land membuat lambaian ‘aneh’ kepada para peminat ketika Borussia Dortmund menewaskan Greuther Furth 3-0 pada aksi Bundesliga minggu lalu nyata meresahkan pihak pengurusan kelab itu.

Penyerang berusia 21 tahun itu mencetuskan fenomena di Eropah apabila meledak 76 gol dalam 74 perlawanan bersama Dortmund selepas melengkapkan perpindahan dari Red Bull Salzburg pada Disember 2019.

Selepas meledak dua gol pada aksi tersebut yang juga merupakan aksi terakhir Dortmund di laman sendiri tahun ini, Haaland seakan memberikan isyarat kepada para penyokong pasukan itu bahawa dia bakal meninggalkan Signal Iduna Park.

Kelibat penyerang antarabangsa Norway itu kini menjadi buruan beberapa kelab gergasi Eropah termasuk Manchester United, Manchester City, Real Madrid, Barcelona dan Bayern Munich yang sudah menyatakan minat.

United menjadi pasukan yang benar-benar serius dan sudah menyiapkan dana untuk mendapat Haaland, namun pemain itu memberikan syarat bahawa pasukan itu perlu bermain di Liga Juara-Juara sekiranya mahu membawanya ke Old Trafford.

Skuad kendalian Ralf Rangnick itu ketika ini sedang berada di kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris.

Ketua Pegawai Eksekutif Dortmund, Hans-Joachim Watzke mengakui bahawa Haaland lebih sesuai untuk beraksi di La Liga Sepanyol sambil mengakui kaitan pemain itu ke Real lebih kuat walaupun masih optimis dia akan kekal di Dortmund.

“Apa yang saya tahu, Real sa­ngat bersungguh-sungguh. Saya boleh namakan 25 pasukan lain yang mahukannya tetapi saya pasti dengan Real.

“Saya fikir Haaland sesuai di Sepanyol. Di England, gaya bola sepak mereka berbeza tetapi, saya tidak skeptikal apabila me­ngatakan bahawa Haaland juga mungkin akan terus kekal bersama kami,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI