fbpx

Din, Keri terlibat kegiatan edar 10,000 biji pil kuda dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 10,000 biji pil kuda yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bayu Lalang Banggol Chicha, Pasir Mas semalam. FOTO IHSAN PDRM

PASIR MAS – Polis merampas 10,000 biji pil kuda selepas menahan seorang buruh yang dipercayai bertindak sebagai pengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bayu Lalang Banggol Chicha di sini semalam.

Dalam serbuan pukul 11.30 malam itu, polis turut menyita sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 milik suspek yang berusia 32 tahun.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, polis berjaya menahan suspek semasa dia berada di bahagian dapur di rumah berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di dalam beg silang di atas lantai rumah itu, polis menemui sebanyak 2,000 biji pil kuda selain satu balutan baju hujan berwarna biru gelap.

“Pemeriksaan ke atas baju hujan itu telah membawa kepada penemuan bungkusan plastik berwarna merah merah jambu mengandungi 8,000 biji pil kuda.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek yang tidak mengaku dadah-dadah itu miliknya, namun hanya mengambil upah sebagai penghantar dadah daripada seorang individu dikenali sebagai Din,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nasaruddin, suspek mengaku mendapat upah sebanyak RM1,000 seminggu hasil kegiatan itu dan kebiasaannya akan membuat penghantaran dadah sebanyak satu hingga dua kali seminggu.

Ujarnya, berdasarkan maklumat itu, polis berjaya menahan lelaki yang dikenali sebagai Din,35, kira-kira pukul 3.10 pagi tadi di sebuah rumah di Kampung Tujuh, Tumpat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI