PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di negeri Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah petang ini.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir yang dikeluarkan melibatkan kawasan Bentong, Pekan dan Rompin di Pahang.
“Di Johor, melibatkan kawasan Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi.
“Selain itu, bagi negeri Sarawak kawasan yang terlibat adalah Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru dan Marudi),” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, amaran ribut petir turut dikeluarkan di negeri Sabah melibatkan kawasan Tawau (Lahad Datu).
Jelasnya, cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga pukul 4 petang nanti. – K! ONLINE