fbpx

Covid-19 masih wujud, Judika rai Krismas di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUDIKA bersama isteri, Duma Riris Silalahi bersama dua orang anak mereka, Cleo Deomora Boru Sihotang dan Judeo Volante Sihotang.

PENYANYI Judika merupakan salah seorang artis yang merayakan sambutan Hari Krismas.

Bagaimanapun, pada tahun ini, dia memilih menyambut perayaan tersebut bersama keluarga kecilnya di rumah.

Kata penyanyi lagu Jadi Aku Sebentar Saja itu, dia masih takut dengan penyebaran wabak Covid-19 dan tidak mahu merisikokan keluarganya.

“Selalunya saya akan meraikan perayaan Krismas bersama keluarga dan sanak-saudara. Paling tidak, kami semua akan bercuti di tempat-tempat menarik.

“Tetapi pada tahun ini, saya cuma meraikannya bersama isteri dan anak-anak di rumah. Covid-19 masih wujud dan saya tidak mahu meletakkan keluarga dalam bahaya,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi asal Medan itu berkata, dia sudah pun mempersiapkan segala keperluan untuk sambutan Hari Krismas yang akan disambut pada 25 Disember nanti selain ingin mengajar dua orang anaknya tentang makna sebenar perayaan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI