fbpx

Bercerai 11 kali, wanita tidak putus asa cari cinta sejati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan menunjukkan sepasang pengantin. - Unsplash.com

LONDON – Seorang wanita yang sudah bercerai sebanyak 11 kali tidak membiarkan kegagalan rumah tangganya itu menjadi penghalang untuk mencari cinta sejati, lapor akhbar The Sun semalam.

Monet, 52, sudah berkahwin sebanyak 11 kali dan setiap perkahwinannya itu berakhir dengan perceraian.

Kisah tersebut dikongsi Monet menerusi rancangan televisyen bertajuk Addicted To Marriage yang disiarkan saluran televisyen TLC.

“Saya mengenali suami pertama saya semasa di bangku sekolah menengah dan berkahwin dengannya dua bulan kemudian.

Namun, jodohnya dengan lelaki itu tidak panjang apabila dia bercerai dan berkahwin lagi buat kali kedua.

Perkahwinan tersebut juga berakhir dengan perceraian dan Monet berkahwin lagi dan lagi sehinggalah bertemu suami kelimanya, yang disifatkan sebagai cinta sejatinya.

Monet mengaku  dia sememangnya seorang yang terburu-buru dalam soal perkahwinan, malah berkahwin dengan suami kelapannya hanya selepas berkenalan selama seminggu.

Dia juga mudah jatuh cinta dan mendakwa pernah dilamar sebanyak 28 kali. 

“Setiap kali berkahwin, saya tidak pernah terfikir bahawa ia akan berakhir dengan perceraian dan sering berharap agar ia menjadi perkahwinan yang terakhir,” katanya yang kini sudah dua tahun menjalin cinta dengan seorang lelaki bernama John. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI