fbpx

Bank Islam perkukuh komitmen ESG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Muazzam

PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) menjadi salah satu rakan pengasas dan institusi perbankan Islam Malaysia pertama dalam satu pakatan global yang membentuk masa hadapan data berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) menerusi pelancaran ESG Book.

Ia merupakan sebuah platform percuma dibangunkan oleh firma pengurusan aset dan data global, Arabesque serta berperanan sebagai sumber utama baharu maklumat kemampanan korporat digital bagi menyediakan rangka kerja maklumat ESG neutral dalam masa nyata.

Pakatan ESG Book ini memanfaatkan peralatan keupayaan pelaburan kuantitatif, kemampanan dan saringan ESG berasaskan kecerdasan buatan termaju daripada Arabesque.

Ahli-ahli pakatan termasuk International Finance Corporation, UNCTAD, Global Reporting Initiative, Bridgewater Associates, Swiss Re, HSBC, Deutsche Bank, HKEX, Allianz, Glass Lewis, Cardano Development, QUICK, Goldbeck, Werte Stiftung, Climate Leadership Coalition, Climate Governance Initiative, Climate Policy Initiative, Climate Bonds Initiative, Responsible Jewellery Council dan GeSI.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, kekurangan pendedahan, akses terhad dan data ESG yang tidak konsisten telah memperlahankan penyediaan peruntukan modal ke arah aktiviti-aktiviti perniagaan rendah karbon dan mampan.

“Tindakan segera perlu diambil untuk menangani perkara yang mendesak ini.

“BIMB percaya bahawa usaha dan pendekatan bersepadu seperti penyediaan ESG Book berupaya untuk membawa perubahan positif besar, bukan sahaja kepada ekonomi domestik, malah di peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan.

Dilancarkan pada 1 Disember 2021, ESG Book tersedia kepada semua perniagaan, pelabur, penetap standard serta pemegang taruh yang lain dan maklumat lanjut boleh didapati di www.esgbook.com. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI