PETALING JAYA – Yayasan Bank Rakyat menyalurkan sumbangan berupa 500 unit ‘power bank’ sebagai inisiatif meringankan beban mangsa-mangsa banjir di Selangor.
Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berkata, bantuan segera itu bagi memudahkan mangsa berhubung dengan keluarga dan pihak berkuasa dalam meminta bantuan ketika banjir.
“Bantuan itu juga dilihat sebagai satu inisiatif kemasyarakatan dalam membantu mangsa-mangsa bencana banjir yang memerlukan bantuan segera.
“Pihak kami bersimpati dengan mereka yang terkesan terutamanya di Selangor berikutan banjir besar itu dikatakan kali terakhir berlaku pada tahun 1971,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
Menurutnya, bantuan itu diharap meringankan bebanan yang ditanggung mangsa terutamanya dalam aspek komunikasi semasa bencana.
Sumbangan power bank itu diterima Timbalan Komander Bridged Tengah Pasukan Gerakam Am Cheras Selangor, Chew Tham Soon. -K! ONLINE