fbpx

Banjir Telemong : Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jambatan Sungai Telemong selepas kejadian kepala air pada Sabtu lalu.

BENTONG – Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa kejadian banjir lumpur di Telemong di sini masih diteruskan dengan keluasan radius sejauh tujuh kilometer dari lokasi kejadian.

Operasi yang sudah memasuki hari ke-4 itu akan dilakukan di sepanjang susur sungai Telemong dengan bantuan dua ekor anjing pengesan.

Difahamkan, mangsa dipercayai Ahmad Yahaya berusia 71 tahun yang dilaporkan hanyut bersama enam lagi individu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Karak Suhairul Ibrahim berkata, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan pada hari ini.

“Kita akan melakukan operasi tersebut dengan radius sejauh tujuh kilometer dari lokasi kejadian.

“Kira-kira 30 pegawai dan anggota akan ditugaskan dalam operasi terbabit dengan bantuan dua ekor anjing pengesan untuk memudahkan operasi terbabit” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, kejadian pada Sabtu lalu berlaku kira-kira pukul 6.40 petang melibatkan 16 individu yang terperangkap di atas jambatan sebelum dihanyutkan air sungai Telemong yang melimpah.

Seramai 10 individu berjaya menyelamatkan diri sementara enam lagi mangsa telah dihanyutkan kepala air di mana mayat lima daripadanya telah ditemui. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI