fbpx

Banjir: Kerja pembersihan giat di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (kanan) ketika meninjau usaha pengepaman air banjir bagi mempercepatkan air surut - FOTO: IHSAN FACEBOOK AMIRUDIN SHARI

PETALING JAYA – Kerajaan negeri Selangor akan melipatgandakan usaha membantu penduduk yang terjejas akibat banjir yang melanda negeri tersebut sejak Sabtu lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seramai 1,457 pekerja KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) berganding bahu membantu mengendalikan kerja-kerja pembersihan di kawasan terlibat.

“Setakat 21 Disember (semalam), sebanyak 457 tong Roro, 25 ‘backhoe’ dan 1,457 pekerja KDEB Waste @KDEBWaste serta pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mengangkut sebanyak 1,073 tan sampah dan tinggalan banjir di kawasan terlibat.

“Kerajaan negeri akan melipatgandakan usaha membantu penduduk membersihkan rumah,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut membuat lawatan ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar Kuala Selangor hari ini.

“Hari ini saya ke PPS SK Parit Mahang, Kuala Selangor dan seramai 681 individu ditempatkan di sini.

“Banjir di kawasan itu berpunca disebabkan dari ban yang pecah sehingga mengakibatkan limpahan air,” katanya.

Jelasnya, pihak kontraktor sedang membina semula ban dan proses pengepaman air giat dilaksana ketika ini.

Sementara itu, beliau turut membuat tinjauan ke Kampung Asahan bagi memastikan proses pengepaman air banjir berjalan lancar bagi mempercepatkan air surut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI