fbpx

Arnold, Robertson dianggap jelmaan baharu Cafu, Carlos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARNOLD (kanan) dan Robertson berjaya memberi nilai tambah buat Liverpool apabila mempamerkan aksi konsisten setiap kali diturunkan. – AFP

LONDON – Dua bintang Liverpool, Trent Alexander-Arnold dan Andrew Robertson dilabel sebagai gandingan pertahanan paling hebat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Kedua-dua pemain ini menjadi watak penting kepada Jur­gen Klopp ketika The Reds sedang bertahan mahupun menyerang.

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville turut melabelkan Alexander-Arnold dan Robertson miliki kemampuan sama dengan legenda Brazil, Cafu serta Roberto Carlos.

“Anda mungkin perlu menyebut nama mereka sama tinggi dengan dua pertahanan terhebat yang pernah saya lihat, Ro­berto Carlos dan Cafu.

“Sudah beberapa tahun mereka menjadi contoh terbaik dan berjaya mengubah corak permainan di posisi itu. Mereka menjadikan pemain di posisi itu cukup menyerlah.

“Saya tidak rasakan yang saya pernah melihat dua pemain ‘full back’ di Liga Perdana Inggeris bermain sehebat mereka berdua. Cara mereka bergabung, cara permainan mereka cukup mengujakan,” katanya.

Walaupun Robertson dila­yangkan kad merah ketika seri 2-2 dengan Tottenham Hotspur, pertahanan kiri itu turut menghasilkan jaringan, manakala Alexander-Arnold berterusan mencuri perhatian terutama­nya menerusi sumbangannya ketika menyerang.

Neville yakin pasukan lawan tidak boleh memberi ruang untuk mereka menguasai bola dengan kualiti permainan yang dimiliki. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI